.footer-outer{display:none;}

Friday, 2 October 2015

KESIMPULAN

Adalah pentingnya untuk memahami dang menghayati tentang kewujudan Kerajaan-kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Misalnya, Kerajaan Melaka setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negri-negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan yang tersendiri.

Dengan pemahaman itu, maka dapatlah generasi kemuadiannya menghayati dan menghargai sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri  terhadap tanah air. Namun, kekayaan ekonomi serta kemajuan dan ketertinggian tamadun adalah antara faktor yang mempengaruhi kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negara ini. Walaupun pendudukan kuasa asing merupakan suatu pengalaman pahit dalam sejarah negara, namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang telah membuka ruang kepasa negara dan rakyat ke arah pembentukan dan mengukuhkan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Fenomena ini juga yang menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan, asimilasi dan sinkritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul.


Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dinamakan kerana pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Kereta yang digunakan semasa sambutan kemerdekaan di Kuala Lumpur.

Kereta perisai yang telah memainkan peranan penting semasa Darurat (1948-1950)

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment