Tanah melayu telah dijajah pula oleh Jepun.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit
terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini.
Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan
ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di
Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali sebagai Snoyan telah
diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu. Pada tahun 1945 Jepun telah meletakkan
senjata dan berundur dari Tanah Melayu.
FAKTOR KEDATANGAN
Memulihkan keadaan awam
Jepun ingin memulihkan
keadaan masyarakat tempatan yang didakwanya sebelum ini hura-hura atau tidak
aman ekoran penentangan terhadap pemerintahan Barat. Mereka ingin mewujudkan
pemerintahan ‘Asia untuk Orang Asia’.
Memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu
- Jepun
ingin menggunakan hasil ekonomi untuk membantu masalah ekonomi yang sedang
melanda Jepun pada waktu itu.
- Menanggung
pembiayaan tentera-tenteranya di Tanah Melayu dan jajahan yang lain. Pembiayaan
adalah dalam bentuk senjata, makanan dan kemudahan ketenteraan.
PROSES PENJAJAHAN
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
bermula apabila Tentera Darat Ke-25 Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8
Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious
assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke
pantai timur Tanah Melayu.
Ini dilakukan bersama dengan
pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak
keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk
menyerang sebelah barat Tanah Melayu.
Semasa tentera Jepun menyerang Tanah
Melayu, pemuda-pemuda Kesatuan Melayu Muda telah membantu kemaraan
tentera-tentera Jepun ke Tanah Melayu sepanjang tahun 1941-1942 sebagai
penunjuk jalan dan juru Bahasa.
Pemimpin Kesatuan Melayu Muda, Ibrahim
Yaakob telah dilatih oleh Jepun selama enam bulan dan turut dilantik sebagai
Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Ibrahim Yaakob telah
membantu pihak Jepun dengan menubuhkan pasukan Giyuugun di Semenanjung Tanah
Melayu dan di Sumatera.
SISTEM PENTADBIRAN
KESAN PENJAJAHAN
POLITIK
Wujudnya kesedaran politik yang mendalam dikalangan penduduk Tanah Melayu. Propaganda "Asia untuk orang asia" menaikkan semangat mereka untuk membebaskan tanah air.
Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang melayu akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun.
EKONOMI
British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah.
Perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan. Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan. Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot. Barangan pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan.
Pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi. Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.
SOSIAL
Penduduk Tanah Melayu khususnya orang cina telah ditindas oleh Jepun. Kebanyakkan orang melayu dan india menjadi buruh paksa khususnya untuk membina jalan kereta api maut antara negeri Thai dan Burma.
Orang-orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu. Mereka juga bertembung dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung tradisi dan ini mengakibatkan pertembungan budaya yang berlainan latar belakang.
LAMPIRAN
|
Salah satu infrastruktur yang telah dimusnahkan oleh British sebelum menyerah kalah. |
|
Matawang Tanah Melayu pada zaman pendudukan Jepun dikenali sebagai 'Duit Pokok Pisang' |
|
Salah satu kenderaan yang dinaiki oleh tentera Jepun untuk memasuki Tanah Melayu |