.footer-outer{display:none;}

Monday 28 September 2015

JEPUN (1941-1945)


            Tanah melayu telah dijajah pula oleh Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali sebagai Snoyan telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu. Pada tahun 1945 Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari Tanah Melayu.



FAKTOR KEDATANGAN 


Memulihkan keadaan awam

Jepun ingin memulihkan keadaan masyarakat tempatan yang didakwanya sebelum ini hura-hura atau tidak aman ekoran penentangan terhadap pemerintahan Barat. Mereka ingin mewujudkan pemerintahan ‘Asia untuk Orang Asia’.


Memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu

  1.  Jepun ingin menggunakan hasil ekonomi untuk membantu masalah ekonomi yang sedang melanda Jepun pada waktu itu. 
  2. Menanggung pembiayaan tentera-tenteranya di Tanah Melayu dan jajahan yang lain. Pembiayaan adalah dalam bentuk senjata, makanan dan kemudahan ketenteraan.


PROSES PENJAJAHAN


Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera Darat Ke-25 Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu.

Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu.

Semasa tentera Jepun menyerang Tanah Melayu, pemuda-pemuda Kesatuan Melayu Muda telah membantu kemaraan tentera-tentera Jepun ke Tanah Melayu sepanjang tahun 1941-1942 sebagai penunjuk jalan dan juru Bahasa.


Pemimpin Kesatuan Melayu Muda, Ibrahim Yaakob telah dilatih oleh Jepun selama enam bulan dan turut dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Ibrahim Yaakob telah membantu pihak Jepun dengan menubuhkan pasukan Giyuugun di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera.










SISTEM PENTADBIRAN







KESAN PENJAJAHAN

POLITIK
       Wujudnya kesedaran politik yang mendalam dikalangan penduduk Tanah Melayu. Propaganda "Asia untuk orang asia" menaikkan semangat mereka untuk membebaskan tanah air.

         Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang melayu akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun.


EKONOMI
          
         British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah.

         Perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan. Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan. Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot. Barangan pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan.

          Pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi. Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.


SOSIAL

           Penduduk Tanah Melayu khususnya orang cina telah ditindas oleh Jepun. Kebanyakkan orang melayu dan india menjadi buruh paksa khususnya untuk membina jalan kereta api maut antara negeri Thai dan Burma.

           Orang-orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu. Mereka juga bertembung dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung tradisi dan ini mengakibatkan pertembungan budaya yang berlainan latar belakang. 


LAMPIRAN

Salah satu infrastruktur yang telah dimusnahkan oleh British sebelum menyerah kalah.

Matawang Tanah Melayu pada zaman pendudukan Jepun dikenali sebagai 'Duit Pokok Pisang'

Salah satu kenderaan yang dinaiki oleh tentera Jepun untuk memasuki Tanah Melayu










Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment