.footer-outer{display:none;}

Monday 28 September 2015

JEPUN (1941-1945)


            Tanah melayu telah dijajah pula oleh Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali sebagai Snoyan telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu. Pada tahun 1945 Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari Tanah Melayu.



FAKTOR KEDATANGAN 


Memulihkan keadaan awam

Jepun ingin memulihkan keadaan masyarakat tempatan yang didakwanya sebelum ini hura-hura atau tidak aman ekoran penentangan terhadap pemerintahan Barat. Mereka ingin mewujudkan pemerintahan ‘Asia untuk Orang Asia’.


Memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu

  1.  Jepun ingin menggunakan hasil ekonomi untuk membantu masalah ekonomi yang sedang melanda Jepun pada waktu itu. 
  2. Menanggung pembiayaan tentera-tenteranya di Tanah Melayu dan jajahan yang lain. Pembiayaan adalah dalam bentuk senjata, makanan dan kemudahan ketenteraan.


PROSES PENJAJAHAN


Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera Darat Ke-25 Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu.

Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu.

Semasa tentera Jepun menyerang Tanah Melayu, pemuda-pemuda Kesatuan Melayu Muda telah membantu kemaraan tentera-tentera Jepun ke Tanah Melayu sepanjang tahun 1941-1942 sebagai penunjuk jalan dan juru Bahasa.


Pemimpin Kesatuan Melayu Muda, Ibrahim Yaakob telah dilatih oleh Jepun selama enam bulan dan turut dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Ibrahim Yaakob telah membantu pihak Jepun dengan menubuhkan pasukan Giyuugun di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera.










SISTEM PENTADBIRAN







KESAN PENJAJAHAN

POLITIK
       Wujudnya kesedaran politik yang mendalam dikalangan penduduk Tanah Melayu. Propaganda "Asia untuk orang asia" menaikkan semangat mereka untuk membebaskan tanah air.

         Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang melayu akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun.


EKONOMI
          
         British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah.

         Perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan. Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan. Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot. Barangan pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan.

          Pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi. Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.


SOSIAL

           Penduduk Tanah Melayu khususnya orang cina telah ditindas oleh Jepun. Kebanyakkan orang melayu dan india menjadi buruh paksa khususnya untuk membina jalan kereta api maut antara negeri Thai dan Burma.

           Orang-orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu. Mereka juga bertembung dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung tradisi dan ini mengakibatkan pertembungan budaya yang berlainan latar belakang. 


LAMPIRAN

Salah satu infrastruktur yang telah dimusnahkan oleh British sebelum menyerah kalah.

Matawang Tanah Melayu pada zaman pendudukan Jepun dikenali sebagai 'Duit Pokok Pisang'

Salah satu kenderaan yang dinaiki oleh tentera Jepun untuk memasuki Tanah Melayu










Sunday 27 September 2015

BRITISH (1824-1941) dan (1945-1957)


Akibat pergolakan politik dan perebutan takhta di Kedah dan Johor, British telah mengambil kesempatan untuk menakluk Pulau Pinang dan Sigapura. Disini bermulalah penjajahan oleh British. Manakala melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British. Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan dibarat.



      FAKTOR KEDATANGAN



PROSES PENJAJAHAN

CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM POLITIK NEGERI-NEGERI SELAT





Campur tangan British dalam negeri-negeri Melayu dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti berikut:




SISTEM PENTADBIRAN

SISTEM RESIDEN






































FAKTOR PENENTANGAN



KESAN PENJAJAHAN



LAMPIRAN

Muzium Gabenor di Melaka

Muzium Dunia Melayu Dunia Islam mempunyai rekabentuk Inggeris di Melaka



Thursday 24 September 2015

BELANDA (1641-1824)


 Pada tahun 1597, Belanda menyerang Kota Portugis di Melaka.Pada tahun 1606, Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa. Pada tahun 1636, kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Coutinho telah menyerahkan kuasa kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.




FAKTOR KEDATANGAN
  • Mendapatkan bahan-bahan rempah, buah pala dan cengkih.
  • Memonopoli perdagangan bijih timah.
  • Ingin menyinkirkan Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di rantau Melayu.


PROSES PENJAJAHAN

BELANDA DI MELAKA


BELANDA DI PERAK



BELANDA DI SELANGOR



SISTEM PENTADBIRAN



KESAN PENJAJAHAN

Peninggalan kubu pertahanan Belanda dari serangan penduduk kampung tempatan di Pulau Pangkor

Bangunan Stadthuys di Melaka

Muzium Setem Melaka, pada asalnya merupakan kediaman untuk para pembesar Belanda di Melaka.



Gereja Christ di Melaka

Tuesday 15 September 2015

PORTUGIS (1511-1641) 130 TAHUN



         Portugis telah dating ke Melaka pada 11 September 1509 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Kedatangan dan serangan Portugis ke Melaka berpunca daripada sedikit perselisihan faham.





FAKTOR KEDATANGAN PORTUGIS

  1. Keinginan mereka meneruskan Perang Salib.
  2. Menyebarkan ajaran Kristian.
  3. Mengaut kekayaan menerusi perdagangan rempah seperti lada hitam, kayu manis, bunga cengkih dan buah pala.



PROSES PENJAJAHAN

Lopez de Sequeira                              Alfonso de Albuquerque



SISTEM PENTADBIRAN
      







Portugis melaksanakan beberapa sistem pentadbiran seperti berikut: 

  1. Kapal-kapal pedagang diwajibkan mmembayar membayar cukai 6-10 % daripada hasil dagangan.
  2. Setiap pedagang  perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang.
  3. Portugis memonopoli barang-barang dagangan utama, dan membeli barang dengan harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi.
  4. Diskriminasi terhadap pedagang Islam.

KESAN PENJAJAHAN




LAMPIRAN



Tarian Portugis

Gereja St. Paul di Melaka


Bahagia dalam Gereja St. Paul di Melaka



Pintu Gerbang Santiago di Melaka

Bukit St. Paul di Melaka